Pertandingan Word Search
15 Disember 2017 | Jumaat
2.45 petang - 5.45 petang | Pusat Internet 1Malaysia Kampung Terentang
Tujuan:
Meningkatkan semangat motivasi baru terhadap gaya hidup bermasyarakat dan gaya berfikir akan potensi diri.
Memberi dan menambahbaikan serta menyemai semangat setia kawan, bekerjasama dalam merapatkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat dan persekitaran.
Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pengunjung pi1m dan staf pi1m dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan.
Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.
Kelebihan:
Dapat memperluaskan lagi fungsi pi1m kepada orang ramai terutamanya pelajar sekolah.
Penglibatan:
Terbuka kepada semua penduduk Kg. Terentang.
Aktiviti Berkaitan:
Sempena dengan cuti sekolah, PI1M Kg Terentang akan mengadakan pertandingan online games – word search.
Aktiviti ini adalah untuk melihat kepantasan peserta dan peserta dapat mengikuti aktiviti di masa lapang.
Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:

