SIARAN LANGSUNG : CARA GUBAHAN BUNGA COKLAT DAN BUAH-BUAHAN

Aktiviti terkini | 13 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Kg. Terentang

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara lansung dari Pusat Internet Komuniti Kampung Terentang. Perkongsian ilmu ini mengenai cara membuat gubahan bunga coklat dan buah-buahan dengan menggunakan kos modal yang murah dan berpatutan

Tujuan :
• Tujuan utama adalah bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai cara gubahan yang menarik dalam usaha mengembangkan lagi idea usahawan menjana pendapatan.
• Menggalakkan komuniti untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan produk yang boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan dalam perniagaan mahupun sekadar dijadikan hadiah kepada insan tersayang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan secara dalam talian melalui platform facebook Pusat Internet Komuniti Kampung Terentang.
• Antara pengisian siaran lansung ini adalah pengenalan barang-barang yang boleh digunakan sebagai bahan gubahan dengan kos modal yang murah dan berpatutan. Selain itu, Pusat Internet Komuniti Kg Terentang kongsikan juga cara untuk hasilkan gubahan yang menarik dan kreatif menggunakan cara yang mudah dan cepat. Kami juga berkongsi cadangan harga yang boleh ditentukan selepas produk selesai dihasilkan.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat keusahawan dalam diri komuniti supaya mereka dapat menjana pendapatan sampingan yang lumayan melalui kreativiti mereka sendiri.
• Memupuk kesedaran untuk memanfaatkan kemudahan ICT yang dikongsikan di media sosial dalam mengembangkan lagi perniagaan dan sebagainya.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :