TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK - KITAR

Aktiviti terkini | 16 Disember 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan taklimat berkaitan KITAR. Mulai 1 November 2022, Program kitar semula e-sisa mudah alih (Mobile e-Waste) seliaan MCMC kini telah dijenamakan semula kepada Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil (KITAR) dengan tagline baharu iaitu KITAR: Peranti Lama, Nafas Baharu. Program ini adalah kerjasama diantara peserta MIV dan Perpustakaan Desa Kg Chinchin Hulu.

Tujuan :
• Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk menegaskan kepentingan membuang dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat dan mesra alam.
• Taklimat ini juga bertujuan memperkenalkan program yang dijalankan oleh pihak MCMC.
• Taklimat ini juga diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan peserta supaya lebih cekap dalam mengendalikan peranti yang tidak boleh digunakan lagi.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
1. Pengenalan tentang PEDi
2. Taklimat KITAR
3. Kuiz
4. Penyampaian hadiah

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui tentang program KITAR.
• Peserta lebih bijak dalam mengendalikan peranti yang tidak boleh digunakan lagi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :