PERTANDINGAN MEWARNA

Aktiviti terkini | 18 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Tadika Kemas Kampung Terentang


Nama VIP:
1. Puan Najihah (Guru Tadika Kemas Kampung Terentang)
2. Puan Asilah (Pembantu Tadika Kemas Kampung Terentang)


Ringkasan Aktiviti :
PEDi Kampung Terentang dengan kerjasama Tadika Kemas Kampung Terentang telah menjalankan pertandingan mewarna. Tema pertandingan mewarna ini adalah komponen komputer.


Tujuan :
• Melaksanakan aktiviti yang bermanfaat melibatkan komuniti setempat.
• Mengembangkan bakat seni mewarna dalam diri kanak-kanak.
• Menambahkan pengetahuan mengenai komponen asas komputer selain melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet).


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan di Tadika Kemas Kampung Terentang melibatkan seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 5-6 tahun.
• Antara pengisian aktiviti ialah mewarna, pendedahan komponen komputer dan penyampaian hadiah.


Kelebihan Aktiviti :
• Mempromosikan aktiviti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Terentang selain melaksanakan aktiviti bermanfaat melibatkan komuniti setempat.
• Mengembangkan bakat seni mewarna dan kreativiti dalam diri kanak-kanak.
• Melahirkan pengguna yang celik dan bijak menggunakan internet dalam kehidupan harian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :