SIARAN LANGSUNG : BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022

Aktiviti terkini | 9 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Terentang

Ringkasan Aktiviti :
Perkongsian ini disiarkan secara dalam talian dari facebook page Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kampung Terentang. Perkongsian ini adalah mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2022.


Tujuan :
• Memberi maklumat berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia 2022.
• Pendaftaran dan kemaskini Bantuan Keluarga Malaysia telah dibuka mulai 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.
• BKM 2022 adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program dijalankan secara dalam talian melalui platform facebook Pusat Ekonomi Digital - PEDi Kampung Terentang.
• Antara pengisian topik adalah berkaitan syarat kelayakan penerima BKM 2022, dokumen sokongan yang diperlukan, kaedah penghantaran dokumen, cara memohon BKM 2022 dan soalan lazim berkaitan BKM 2022.


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi maklumat kepada komuniti mengenai BKM 2022.
• Membantu komuniti yang menghadapi masalah dalam mengemaskini BKM 2022.
• Menggalakkan komuniti untuk mengemaskini maklumat Bantuan Keluarga Malaysia 2022 secara dalam talian dengan lebih mudah dan cepat tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN berhampiran .


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :