BENGKEL APLIKASI POWERPOINT (INFOGRAFIK)

Aktiviti terkini | 21 Julai 2022

Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer SMK Simpang Bekoh


Nama VIP:
Guru terlibat : En. Ng Yih Joo, Pn Hazlin binti Ramli dan En. Mohd Faizal bin Abas

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Terentang, PEDi Tun Ghaffar Air Kangkong dan PEDi Kesang Barat telah mengadakan Bengkel Aplikasi Powerpoint (Infografik) di SMK Simpang Bekoh.

Tujuan :
• Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Diantara program tersebut adalah Bengkel Aplikasi Powerpoint (Infografik) bertemakan Antidadah

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat adalah merangkumi:-
1) Pengenalan Tentang PEDi
2) Pengenalan Microsoft Powerpoint
3) Cara membuat infografik

Kelebihan Aktiviti :
• Para pelajar dapat mengetahui tentang PEDi.
• Para pelajar dapat mengetahui asas dalam Microsoft Powerpoint
• Para pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penggunaan aplikasi powerpoint dalam membuat asas infografik
• Dapat menjana peminkiran kreatif dan inovatif para pelajar

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :