AKTIVITI BULANAN: PROGRAM TAKLIMAT KEMPEN KESEDARAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB).

Aktiviti terkini | 21 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Dewan Mahkota SMK Seri Mahkota


Nama VIP:
Tiada

Ringkasan Aktiviti :
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Tun Ghaffar Air Kangkong bersama PEDi Terentang, PEDi Kesang Barat dan PEDi Batang Melaka.

Tujuan :
• Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Di antaranya ialah Taklimat Kempen Kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB).


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat adalah merangkumi:-
1) Pengenalan Tentang PEDi
2) Pengenalan KDB
3) Buli Siber
4) Pengantunan Dalam Talian
5) Kuiz


Kelebihan Aktiviti :
• Audiens dapat mengetahui tentang PEDi.
• Audiens dapat mengetahui apa itu program KDB iaitu inisiatif pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bermatlamat keselamatan, tanggungjawab dan kewaspadaan dalam menggunakan perkhidmatan ICT.
• Audiens mengetahui tentang Buli Siber dan Pengantunan Dalam Talian.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :