KELAS ICT – MICROSOFT WORD (WRITING, INSERT IMAGE, BASIC MICROSOFT)

Aktiviti terkini | 13 November 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan kelas ICT Microsoft Word. Kelas ini berkaitan tentang pembelajaran asas Microsoft Word, cara memasukkan gambar dan menaip semula cerita pendek kanak-kanak, tayangan cerita rakyat bertajuk ‘Rusa Dengan Tanduknya’

Tujuan :
• Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Word dalam pembelajaran. Microsoft Word sendiri merupakan aplikasi pengolah kata yang sangat popular dan banyak digunakan untuk memudahkan pengguna dalam menyelesaikan pekerjaan. Misalnya seperti membuat laporan, dokumen, berbagai jenis surat, tugas perkuliahan, sekolah dan lain-lain.
• Tujun kelas ini dijalankan adalah memberi inspirasi kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal dan kreatif. Peserta dapat belajar menambah gambar, memebuat penulisan menjadi lebih kreatif.
• Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta lebih cekap menggunakan komputer dan software.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
1. Pengenalan tentang PEDi
2. Pengenalan Microsoft Word
3. Menaip semula kisah dongeng
4. Memuatnaik gambar
5. Belajar asas Microsoft Word
6. Tayangan cerita rakyat

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan Microsoft Word.
Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :