KELAS ICT – MICROSOFT POWER POINT (PETA I-THINK)

Aktiviti terkini | 19 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
SMK Simpang Bekoh


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang bersama degan PEDi Tun Ghaffar dan PEDi Masjid Baru juga peserta MIV PEDi Terentang telah mengadakan kelas ICT membuat Peta I-Think menggunakan Microsoft Power Point.

Tujuan :
• Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Di antaranya adalah kelas yang berkaitan dengan ICT.
• Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan peta i-think dalam pembelajaran. Kegunaan peta pemikiran i-think membawa banyak kebaikan khususnya sebagai seorang pelajar. Antaranya ialah memudahkan pelajar untuk membuat nota bagi sebarang sumber sama ada daripada bahan bacaan, kuliah, taklimat, dan sebagainya. Contohnya, mencatat isi penting yang diberikan semasa kuliah dalam bentuk yang ringkas. Ini kerana setiap peta pemikiran i-think hanya perlu dihasilkan dalam bentuk yang ringkas dan padat.
• Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta lebih cekap menggunakan komputer dan software.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
a. Pengenalan tentang PEDi
b. Pengenalan Peta I-Think
c. Cara membuat Peta I-Think

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan Microsoft Power Point.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :