KELAS ICT – MEMBUAT POSTER MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA

Aktiviti terkini | 9 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Terentang


Nama VIP:
Majlis dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar (ADUN Rim).

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan kelas ICT membuat poster menggunakan aplikasi Canva yang bertemakan kedai haiwan.

Tujuan :
• Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi canva yang kini menjadi trend kepada mana-mana individu dalam menghasilkan poster,banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya. Aplikasi canva ini mudah, menarik dan kreatif untuk digunakan berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adope Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya.
• Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta lebih cekap menggunakan komputer dan software.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
a. Pengenalan tentang PEDi
b. Pengenalan Canva
• Cara membuat akaun canva
• Memilih template yang ada
• Memasukkan dan menyunting imej, teks, bingkai, ikon, video dan audio ke dalam template yang dipilih.
• Memuat naik imej dan audio
• Memuat turun hasil penerbitan yang telah disiapkan dalam format yang tersedia.
c. Cara membuat poster

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang aplikasi canva.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :