KELAS ICT – COLOUR BY NUMBERS ( ABCYA )

Aktiviti terkini | 10 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan Kelas ICT bersama dengan Tadika Kemas Kampung Terentang dengan menggunakkan aplikasi ABCYA.

Tujuan :
• Pendekatan ini digunakan untuk:
1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperolehi maklumat.
3. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.
• Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
1. Pengenalan tentang PEDI.
2. Pengenalan ABCYA
• Cara memegang dan menggerakkan cursor
• Membuat aktiviti selaras.
• Memilih aktiviti sendiri mengikut kreativiti kanak-kanak.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan komputer.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :