KELAS ICT - MEMBUAT RESUME KERJA (CANVA)

Aktiviti terkini | 14 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan Kelas ICT dengan membuat resume kerja dengan menggunakan aplikasi canva.

Tujuan :
• Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi canva yang kini menjadi trend kepada mana-mana individu dalam menghasilkan poster, resume, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya. Aplikasi canva ini mudah, menarik dan kreatif untuk digunakan berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adope Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya.
• Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta lebih cekap menggunakan komputer dan software.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-

1. Pengenalan tentang PEDI.
2. Pengenalan Canva
• Cara membuat akaun canva
• Memilih template yang ada
• Memasukkan dan menyunting imej, teks, bingkai,ikon, video dan audio ke dalam template yang dipilih.
• Memuat naik imej dan.
• Memuat turun hasil penerbitan yang telah disiapkan dalam format yang tersedia.

3. Cara membuat ayat resume yang sesuai dengan kerja yang dimohon.

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang aplikasi canva.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :