KELAS ICT – ABCYA ( CONNECTING NUMBERS )

Aktiviti terkini | 21 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan Kelas ICT bersama Tadika Kemas Kg Terentang

Tujuan :
• Pendekatan ini digunakan untuk:
i. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memperolehi maklumat.
iii.Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
iv. Meningkatkan daya fikiran secara kreatif.
v. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.
vi. Meningkatkan kemahiran komunikasi bersama rakan-rakan.

• Menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.

• Menggalakkan peserta supaya memberi pendapat sendiri tentang moral yang ditunjukkan di dalam video tersebut.

• Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
a. Pengenalan tentang PEDI.
b. Pengenalan tentang nombor-nombor asas.
• Menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk membuat aktiviti.
• Membuat aktiviti selaras.
• Semua peserta diminta untuk membuat aktiviti bersama rakan.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan komputer.
• Peserta dapat melatih koordinasi mata tangan.
• Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor peserta kanak-kanak dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :