KELAS ICT – MEMUAT TURUN ICON DARI WEBSITE ( POSTER KLIK DENGAN BIJAK )

Aktiviti terkini | 14 Mac 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan Kelas ICT bersama komuniti dengan penglibatan kanak-kanak

Tujuan :
• Pendekatan ini digunakan untuk:
1. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Memperolehi maklumat.
3. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
4. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.
• Menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.
• Dengan adanya poster atau infografik, ia menjadikan kita lebih mudah menyampaikan maklumat kepada pengguna, secara lebih ringkas dan yang paling penting mudah difahami oleh pengguna.
• Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
1. Pengenalan tentang PEDI.
2. Pengenalan Aplikasi Icon
• Cara memuat turun icon dari aplikasi ‘FLATICON’
• Membuat aktiviti selaras.
• Memilih icon berkenaan topik yang dibincangkan sendiri mengikut kreativiti kanak-kanak.
• Memuat naik icon yang dipilih di Microsoft Word

Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan komputer.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif.
• Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor peserta kanak-kanak dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :