KELAS ICT – MORAL OF THE STORY

Aktiviti terkini | 2 Mei 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Terentang


Nama VIP:
TIADA

Ringkasan Aktiviti :
PEDi Terentang telah mengadakan Kelas ICT bersama komuniti dengan penglibatan kanak-kanak dari Tadika Kemas Kg Terentang.

Tujuan :
• Pendekatan ini digunakan untuk:
i. Membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Memperolehi maklumat.
iii. Berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya.
iv. Meningkatkan daya fikiran secara kreatif.
v. Memperkayakan pengalaman pembelajaran.

• Menggalakkan tumpuan dan ketekunan, membantu mereka untuk membina keyakinan diri dan nilai kendiri serta meningkatkan kecekapan mereka dalam menggunakan teknologi.

• Menggalakkan kanak-kanak supaya memberi pendapat sendiri tentang moral yang ditunjukkan di dalam video tersebut.

• Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Kelas ICT merangkumi:-
a. Pengenalan tentang PEDI.
b. Pengenalan tentang cerita yang akan dibuka
• Menonton cerita rakyat bersama-sama.
• Membuat aktiviti selaras.
• Berkongsi pendapat tentang moral yang terdapat dalam cerita rakyat.
• Mengeja dan menaip suku kata moral menggunakan Microsoft Word. Contoh, ‘Rajin, Baik Hati, Pandai’ dan sebagainya.


Kelebihan Aktiviti :
• Peserta dapat mengenal PEDi.
• Peserta dapat mengetahui asas tentang penggunaan komputer.
• Peserta dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri dengan lebih kreatif dan interaktif.
• Peserta dapat meningkatkan daya kreativiti secara berkumpulan semasa membincangkan tentang moral cerita tersebut.
• Menekan kekunci dan menggunakan tetikus membantu dalam membaiki kemahiran motor peserta kanak-kanak dengan meningkatkan koordinasi mata dan tangan mereka


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :