KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK TERENTANG DAN SUKAN RAKYAT KG TERENTANG

Aktiviti terkini | 25 November 2023

Tempat Aktiviti:
Padang Sekolah SK Terentang


Ringkasan Aktiviti :
• Program sukan tahunan merupakan salah satu program tahunan sekolah.
• Kejohanan ini dirancangan dengan kerjasama JPKK Kg Terentang, SK Terentang, Tadika Kemas Kg Terentang dan juga PEDi Kg Terentang.
• Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar (ADUN Rim)

Tujuan :
• Merapatkan perpaduan antara masyarakat khususnya sekitar Kg Terentang
• Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur
• Melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti ini, ianya membolehkan pelajar-pelajar mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani dalam diri mereka.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan pengunjung
• Pelbagai acara sukan diadakan. Antaranya olahraga dan sukaneka untuk pelbagai peringkat umur.
• Ucapan dari YB ADUN Rim dan JPKK Kg Terentang
• Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke tahap yang lebih optimum.
• Melahirkan pelajar yang aktif dan berpontensi di dalam bidang kokurikulum
• Mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan masyarakat setempat.
• Menarik minat masyarakat dalam menyertai program komuniti

Nama VIP:
• YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar (ADUN Rim)
• Datuk Haji Ahmad bin Baharuddin (JPKK Kg Terentang)
• Encik Nizam bin Mohamed (Guru Besar SK Terentang)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :