PROGRAM USAHAWAN DIGITAL : KELAS ASAS SHOPEE

Aktiviti terkini | 9 Oktober 2023

Tempat Aktiviti:
Menara TM, MITC Melaka


Ringkasan Aktiviti :
• Rakan Digital Kluster Jasin yang terdiri daripada PEDi Kg Terentang, PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Air Panas dan PEDi Tun Ghaffar Air Kangkung telah mengadakan Kelas Asas Shopee.
• Program ini merupakan kolaborasi Rakan Digital Kluster Jasin bersama dengan pihak Telekom Malaysia Cawangan Melaka.

Tujuan :
• Program ini adalah secara khusus dianjurkan untuk membimbing para peserta yang ingin memulakan perniagaan melalui platform shopee.
• Membantu peserta untuk meningkatkan jualan serta pendapatan melalui platform shopee.
• Memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi kepada peserta.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi.
• Peserta diajar menggunakan akaun shopee seperti pendaftaran akaun shopee, akaun seller, meletakkan produk jualan dan pengeposan.
• Peserta juga diajar cara meningkatkan jualan dan mempromosikan perniagaan di platform shopee.


Kelebihan Aktiviti :
• Menarik minat peserta untuk mengembangkan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan.
• Melahirkan lebih ramai usahawan atas talian dalam komuniti dan secara tidak langsung dapat menyuntik semangat peserta untuk menceburi bidang perniagaan.
• Mempromosikan PEDi dalam kalangan peserta


Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :