PROGRAM SEMARAK HARI MALAYSIA 2023 PERINGKAT DUN RIM

Aktiviti terkini | 16 September 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka, Taman Seri Kemendor


Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Kampung Terentang telah terlibat sebagai salah satu agensi dalam Program Semarak Hari Malaysia 2023 Peringkat Dun Rim.
• Pelbagai agensi seperti Jabatan Penerangan Malaysia, FAMA, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain telah menganjurkan program ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik.
• Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar.

Tujuan :
• Merapatkan perpaduan antara masyarakat khususnya dalam kawasan Dun Rim
• Menganjurkan aktiviti-aktivi yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur
• Menyambut Hari Malaysia


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pendaftaran peserta dan pengunjung
• Peserta Kuiz Kemerdekaan anjuran PEDi Taman Seri Kemendor dan PEDi Kampung Terentang
• Penyampaian hadiah dan saguhati.
• Perasmian program di Dewan Terbuka Taman Seri Kemendor
• Penyampaian cenderahati, cabutan bertuah dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.


Kelebihan Aktiviti :
• Menanam semangat patriotisme dan nasionalisme.
• Mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan masyarakat setempat.
• Menarik minat masyarakat dalam menyertai program komuniti.


Nama VIP:
• YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar.
• Agensi-agensi Kerajaan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :