TAKLIMAT SAFE INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti terkini |6 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh


Ringkasan Aktiviti :
• PEDi Kluster Jasin dengan kerjasama SMK Simpang Bekoh telah mengadakan Taklimat SAFE Internet dan Klik Dengan Bijak.
• Program ini melibatkan pelajar dari tingkatan 1 dan 2.
• Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Tujuan :
• Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur.
• Memberi pengetahuan tentang langkah keselamatan dalam menggunakan internet
• Untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam menggunakan internet secara berhemah

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pengenalan PEDi
• Taklimat SAFE Internet dan Klik Dengan Bijak

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan masyarakat setempat.
• Memberi pengetahuan tentang langkah berjaga-jaga akan jenayah siber dalam talian.

Nama VIP:
• Encik Ng Eyih Joo (Guru)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :