PROGRAM GALAKKAN MEMBACA SEMPENA PELANCARAN BUKU NILAM TAHUN 2024

Aktiviti terkini |15 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Terentang


Ringkasan Aktiviti :
• Perpustakaan Desa Kampung Chinchin Hulu dan PEDi Kg Terentang merancang untuk mengadakan program pelancaran Buku Nilam bersama Warga Sekolah Kebangsaan Terentang.
• Bagi pengisian program ini beberapa aktiviti galakan membaca akan dilaksanakan semasa program berlangsung.
• Pada program kali ini Perpustakaan Desa akan membekalkan 300 buah buku pada Sekolah Kebangsaan Terentang untuk digunakan oleh para guru sebagai bahan bantuan mengajar murid-murid semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tujuan :
• Merapatkan perpaduan antara masyarakat khususnya sekitar Kg Terentang.
• Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur.
• Melahirkan masyarakat kreatif dan inovatif.
• Melahirkan masyarakat yang mempunyai minat membaca yang berterusan.
• Menggalakkan semua lapisan masyarakat untuk menjadikan perpustakaan sebagai tempat riadah yang menyeronokkan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Pertandingan Mewarna
• Pertandingan Membuat Kraf Penanda Buku
• Pertandingan Cekap Minda
• Ulasan Buku Kegemaran Saya
• Membaca Bersama Untuk 10 Minit

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi peluang kepada peserta untuk mengasah kreativiti dan bakat peserta
• Mengeratkan hubungan antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dengan masyarakat setempat.
• Menarik minat serta menanam minat membaca bagi menjadikan masyarakat yang berilmu tinggi.

Nama VIP:
• YB. Datuk Khaidhirah binti Abu Zahar (ADUN Rim)
• YB.Datuk Haji Ahmad bin Baharuddin (JPKK Terentang merangkap YDP PIBG)
• Encik Nizam bin Mohamed (Guru Besar SK Terentang)
• Mohd Nor Hisham bin B. Bakar (JPKK Kg Chinchin Hulu)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :