TAKLIMAT ADVOKASI "TELEFON PINTAR GAJET BERHANTU PADA MASA KINI" BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN

Aktiviti terkini |25 September 2024

Tempat Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Jasin


Ringkasan Aktiviti :
• Program S.A.F.E INTERNET merupakan satu program membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan kepada tiga aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Pihak NADI dari NADI Kampung Terentang, NADI Kampung Chabau, NADI Tun Ghaffar Air Kangkung dan NADI Masjid Baru juga ada membuka booth pameran dengan pelbagai aktiviti seperti menjawab soalan silangkata, matematik, carian perkataan dan banyak lagi.
• Program ini merupakan program kerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jasin. Terdapat pelbagai agensi lain juga terlibat sepanjang program dijalankan.

Tujuan :
• Taklimat KDB dan S.A.F.E Internet yang bertujuan memberi pendedahan tentang keselamatan internet iaitu memberi kesedaran kepada murid akan risiko dan cara pencegahan sekiranya menjadi salah seorang mangsa ancaman siber.
• Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah kuiz berkenaan KDB dan S.A.F.E Internet.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Taklimat disampaikan dan diselangi dengan kuiz berkaitan topik yang telah dipilih.
• Pendedahan mengenai fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI juga turut dikongsikan kepada para pelajar dalam usaha memperkenalkan NADI.
• Pihak NADI dari NADI Kampung Terentang, NADI Kampung Chabau, NADI Felda Tun Ghaffar Air Kangkung dan NADI Masjid Baru juga ada membuka booth pameran dengan pelbagai aktiviti seperti menjawab soalan silangkata, matematik, carian perkataan dan banyak lagi.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi kesan positif kepada pelajar dalam penggunaan internet dengan betul.
• Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan tanggungjawab menggunakan internet dan melayari dunia siber dengan selamat.
• Meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.
• Peserta lebih faham bagaimana cara untuk mengatasi masalah dalam ancaman siber dengan lebih bijak.
• Para peserta menjadi lebih peka dengan fungsi serta pelbagai aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :