Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Kg. Terentang mula dibuka pada awal tahun 1905 oleh Tuan Hj. Ganil yang berasal dari Wilayah Indonesia dan pada ketika itu, kawasan kampung ini banyak ditumbuhi dengan pokok terentang, maka dinamakan Kampung Terentang. Motto bagi Kg. Terentang ialah “Transformasi Pembangunan Insan & Ekonomi Menjamin Masa Depan Kampung Yang Cemerlang”.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KDB Dan Hari Bersama Komuniti Di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Terendak Permai, Melaka.

Aktiviti Terkini|17 Disember 2016

PI1M Terentang & berberapa PI1M Negeri Melaka, telah dijemput bersama-sama menjayakan KDB & Hari Terbuka Pi1M Terendak Permai, Melaka. baca selanjutnya

Bengkel Skrip Ke Skrin Wilayah Selatan, MMU, Nusajaya

Aktiviti Terkini | 25 & 26 Oktober 2016

Bengkel Skrip ke Skrin 2016 merupakan program khusus untuk melatih pengurus dan penolong pengurus PI1M di seluruh Negara mengenai teknik membangunkan video yang berkualiti bagi tujuan promosi PI1M & produk usahawan tempatan. Selain itu, ilmu yang diperoleh dari program ini diharap akan membantu PI1M menyediakan video yang berkualiti sejajar dengan Projek PI1M Kluster dan pertandingan-pertandingan video anjuran pihak MCMC...baca selanjutnya

MAJLIS PERASMIAN DAN HARI TERBUKA PI1M KG. TERENTANG

Aktiviti Terkini | 14 Oktober 2016

Majlis Perasmian Dan Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kg. Terentang bertujuan untuk merasmikan PI1M Kg. Terentang yang telah beroperasi semenjak mei 2015. Majlis ini dirasmikan oleh Yb Datuk Wira Haji Ghazale Bin Muhamad , Timbalan Exco Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan Dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama, Warisan, Pembangunan Belia Dan Pelancongan Merangkap ADUN RIM dan dihadiri oleh beberapa lagi wakil daripada Digi Telekomunikasi Sdn Bhd , Creative Century Management Sdn Bhd, Penduduk Kampung baca selanjutnya

Bengkel Aplikasi dan Lego (Robotik)

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Bengkel Aplikasi dan Robotik ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Target peserta untuk program ini adalah dikalangan pelajar sekolah menengah. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan bagaimana sebuah aplikasi itu di buat dan diselanggarakan. Begitu juga dengan penghasilan mesin-mesin robotik...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak 2016.

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama JAKIM telah menganjurkan ‘Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak’ bertujuan mewujudkan penglibatan aktif dari masyarakat dalam menyelami mesej-mesej utama advokasi khususnya penggunaan internet secara positif dari sudut pandangan Islam...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Berita Terkini

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’... baca selanjutnya

Bengkel “My Komuniti Kreatif”

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2016

My komuniti kreatif adalah sebuah platform dalam menggalakan komuniti secara individu ataupun berkumpulan dalam menghasilkan kandungan khusus untuk masyarakat setempat dalam bentuk video tutorial, panduan, tips kaedah, cara penggunaan, petua, resepi atau lain-lain kandungan yang sesuai dimuatnaik di laman atas talian seperti YouTube,My1Content, vimeo atau Instagram...baca selanjutnya

Sambutan Hari Raya bersama TBK Terentang, kelas PKK Kg. Terentang dan penduduk kampung

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2016

Sambutan Hari Raya merupakan aktiviti tahunan yang wajib diadakan oleh pihak Pengerusi dan Jawatankuasa TBK dan kelas PKK Kg. Terentang. Jamuan dengan pelbagai juadah turut di sediakan untuk semua tetamu...baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yasin, Sambutan Hari Ibu Dan Hari Guru Berserta Ceramah Agama Menyambut Bulan Ramadhan

2 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Majlis bacaan Yasin, sambutan hari ibu dan hari guru merupakan aktiviti tahunan yang wajib diadakan oleh pihak Pengerusi dan Jawatankuasa TBK dan kelas PKK Kg. Terentang. Ceramah agama juga turut diadakan sempena menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi...baca selanjutnya

Pertandingan Puzzle Online

14 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan 'Puzzle' ini dapat melatih mata para peserta agar lebih fokus dan teliti terhadap gambar-gambar yang disediakan, yang mana kaedah ini juga digunakan semasa pembelajaran di sekolah...baca selanjutnya

Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016

Aktiviti Terkini|18 - 19 Mei 2016

Program Bengkel Pengukuhan dan Pemantapan Aktiviti Advokasi Bersama Pusat Internet Wilayah Selatan bagi Tahun 2016 telah diadakan pada 18-19 Mei 2016 di Lotus Beach Resort, Kota Tinggi, Johor...baca selanjutnya

Karnival Kerjaya & Keusahawanan

03 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dikendalikan oleh pihak Pemuda UMNO Merlimau Melaka. Ini adalah salah satu program kerjasama di antara semua Pusat Internet 1 Malaysia kawasan Melaka di bawah kelolaan CCM & DiGi. Program seperti ini dapat memberi peluang kepada PI1M untuk mempromosikan lagi perkihdmatan yang sedia ada...baca selanjutnya

Gotong Royong Perdana Kg. Terentang 2016

Aktiviti Terkini | 05 Mac 2016

-Melahirkan masyarakat yang sentiasa menjaga kebersihan kampung.
-Mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara penduduk kampung.
-Mengeratkan lagi hubungan komuniti antara pelajar-pelajar dan orang kampung.
baca selanjutnya

MAJLIS PENERANGAN DAN PERLANTIKAN JAWATANKUASA TBK DAN PKK KAMPUNG TERENTANG

Aktiviti Terkini | 04 Febuari 2016

Program Majlis Penerangan dan Perlantikan Jawatankuasa TBK dan PKK Kampung Terentang akan diadakan pada setiap tahun oleh Tabika Kampung Terentang. Selain itu, turut diadakan pertandingan gubahan dan masakan. Pertandingan tersebut terbuka untuk ahli jawatankuasa dan penduduk-penduduk Kampung Terentang. baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Jom Kembali ke Sekolah

4 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini diadakan bagi memberi semangat kepada pelajar dan menarik minat belajar dalam kalangan pelajar terutamanya bagi pelajar yang pertama kali melangkah ke alam persekolahan. baca selanjutnya