Mengenai PEDi
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PEDi menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif PEDi
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Terentang mula dibuka pada awal tahun 1905 oleh Tuan Hj. Ganil yang berasal dari Wilayah Indonesia dan pada ketika itu, kawasan kampung ini banyak ditumbuhi dengan pokok terentang, maka dinamakan Kampung Terentang.
Motto bagi Kg. Terentang ialah “Transformasi Pembangunan Insan & Ekonomi Menjamin Masa Depan Kampung Yang Cemerlang”.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK - KITAR
Aktiviti Terkini | 16 Disember 2022
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk menegaskan kepentingan membuang dan mengitar semula peranti mudah alih yang telah tamat jangka hayat secara selamat dan mesra alam........baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROSOFT WORD (WRITING, INSERT IMAGE, BASIC MICROSOFT)
Aktiviti Terkini | 13 November 2022
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Word dalam pembelajaran. ........baca selanjutnya
KELAS ICT – MICROSOFT POWER POINT (PETA I-THINK)
Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2022Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) ........baca selanjutnya
KELAS ICT – MEMBUAT POSTER MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 9 September 2022Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi canva yang kini menjadi trend kepada mana-mana individu dalam menghasilkan poster,.........baca selanjutnya
PROGRAM “SYUKUR, SEJAHTERA MALAYSIAKU BAHAGIA”)
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2022Sempena dengan bulan kemerdekaan, Perpustakaan Desa Kg. Chinchin Hulu telah menjemput Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kampung Terentang untuk membuat pameran PEDi (booth). Pameran PEDi adalah sempena Program “Syukur, Sejahtera Malaysiaku Bahagia” yang dianjurkan oleh pihak Perpustakaan Desa Kg Chinchin Hulu dengan kerjasama JPKK Kg Chinchin Hulu, KRT Kg Chinchin Hulu, Ahli Lembaga Surau Kg Chinchin Hulu, Masjid Al-Junid Kg Chinchin dan Komuniti Keluarga Malaysia Kampung Chinchin.........baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 11 Ogos 2022Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Diantara program tersebut adalah Klik Dengan Bijak (KDB)........baca selanjutnya
BENGKEL APLIKASI POWERPOINT (INFOGRAFIK)
Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. ........baca selanjutnya
AKTIVITI BULANAN: PROGRAM TAKLIMAT KEMPEN KESEDARAN KLIK DENGAN BIJAK (KDB).
Aktiviti Terkini | 21 Jun 2022Program ini adalah kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Melaka (untuk pihak PEDi ini adalah PPD Jasin) yang dipanggil Rintis untuk meningkatkan tahap kemahiran para pelajar dalam bidang ICT. Di dalam program ini terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak PPD dan sekolah. Di antaranya ialah Taklimat Kempen Kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB).............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG : INISIATIF PERANTISISWA KELUARGA MALAYSIA
Aktiviti Terkini | 12 Mei 2022Berkongsi maklumat mengenai cara permohonan perantisiswa Keluarga Malaysia.............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG : PUASA BENTENG DIRI
Aktiviti Terkini | 1 April 2022Berkongsi maklumat mengenai info-info Ramadhan kepada semua umat islam yang menjalani ibadah puasa.............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG : PROGRAM VAKSINASI COVID-19 KEPADA KANAK-KANAK BERUMUR 5 HINGGA BAWAH 12 TAHUN (PICKIDS)
Aktiviti Terkini | 4 Mac 2022Memupuk kesedaran tentang kepentingan suntikan vaksinasi covid-19 kepada kanak-kanak.............baca selanjutnya
PERTANDINGAN MEWARNA
Aktiviti Terkini | 18 Februari 2022Melaksanakan aktiviti yang bermanfaat melibatkan komuniti setempat.............baca selanjutnya
SIARAN LANGSUNG : BANTUAN KELUARGA MALAYSIA 2022
Aktiviti Terkini | 9 Januari 2022Memberi maklumat berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia 2022............baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya