Mengenai NADI
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif NADI
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Terentang mula dibuka pada awal tahun 1905 oleh Tuan Hj. Ganil yang berasal dari Wilayah Indonesia dan pada ketika itu, kawasan kampung ini banyak ditumbuhi dengan pokok terentang, maka dinamakan Kampung Terentang.
Motto bagi Kg. Terentang ialah “Transformasi Pembangunan Insan & Ekonomi Menjamin Masa Depan Kampung Yang Cemerlang”.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024TAKLIMAT ADVOKASI "TELEFON PINTAR GAJET BERHANTU PADA MASA KINI" BERSAMA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN JASIN
Aktiviti Terkini | 25 September 2024
Aktiviti lain yang turut dijalankan adalah kuiz berkenaan KDB dan S.A.F.E Internet....baca selanjutnya
BASIC ICT:- PAINT FLOWER
Aktiviti Terkini | 15 Ogos 2024Kelas ini diadakan untuk melatih peserta menggunakan tetikus dengan cara yang betul...baca selanjutnya
BASIC ICT – SKETCH (TABLET)
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2024Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta cara untuk melukis secara digital dengan menggunakan tablet...baca selanjutnya
BASIC ICT – MICROSOFT EXCEL - EMOTICON
Aktiviti Terkini | 8 Jun 2024Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta cara untuk menggunakan emoticon di Microsoft Excel...baca selanjutnya
Basic ICT – PENDAFTARAN MURID DARJAH 1
Aktiviti Terkini | 10 Mei 2024Kelas ini diadakan untuk mengajar peserta cara untuk mengisi borang pendaftaran Murid Tahun 1 secara atas talian (Online)...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT – MENCARI NILAI MURNI YANG ADA DALAM CERITA YANG DITAYANG
Aktiviti Terkini | 13 April 2024Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan nilai-nilai murni...baca selanjutnya
KELAS BASIC ICT – MUTIARA KATA MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti Terkini | 4 Mac 2024Pada akhir kelas, peserta dapat meningkatkan kemahiran menggunakan Microsoft Word. Selain itu, peseta juga dapat meningkatkan kemahiran ICT...baca selanjutnya
TAKLIMAT SAFE INTERNET DAN KLIK DENGAN BIJAK
Aktiviti Terkini | 6 Februari 2024PEDi Kluster Jasin dengan kerjasama SMK Simpang Bekoh telah mengadakan Taklimat SAFE Internet dan Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
PROGRAM GALAKKAN MEMBACA SEMPENA PELANCARAN BUKU NILAM TAHUN 2024
Aktiviti Terkini | 15 Januari 2023Perpustakaan Desa Kampung Chinchin Hulu dan PEDi Kg Terentang merancang untuk mengadakan program pelancaran Buku Nilam bersama Warga Sekolah Kebangsaan Terentang....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya